Wednesday 30 October 2013

Saat Di Akhir Sem Ini Yang Penuh Dengan Dugaan...

Assalamualaikum Semua...

Hari ini kertas yang terakhir dan Alhamdulillah selamat jawab pada pagi tadi.. (Amin)
Pada sahabat saya Mahira,Shafilah dan Suhaidah selamat sampai ke kampung masing-masing.. (Amin)
Pada yang ada lagi di rumah ini mungkin tak hari ini kemungkinan esok,dan saya doakan agar korang balik dengan selamat dan bahagia di samping keluarga..
Pada diri saya ini bila pulak nak balik ini, (saat fikir di otak,,Bila ya???)
Entah la dengan penuh tanda tanya di otak ini la...

Walau diri ini penuh dengan masalah diri ini tetap senyum walau pun bebagai yang membuat otak ini serabut..
Sebab setiap duggan yang Allah turun pada umat nya kerana  nak uji umat yang tapi diri ini tak kuat la..
Kalau tak kuat macam mana diri masih tersenyum ya??
Kita kuat cuma kita tak mampu nak tunjuk sebab kita dah rasa rendah diri yang tak terkata didalam hati ini..
Ini la yang tersirat dalam hati ini, Diri ini diam bukan kerana apa cuma nak cari nafas untuk otak ini..
Sekuat mana pun kalau diri ini ada masalah mesti dia kan mengadu pada Yang Esa..

Diri ini dah buat semua nya untuk nya apa lagi yang diri ini tak turuti nya, Diri ini tahu diri ini pernah buat salah sebelum ini tapi diri ini tengah cuba untuk berubah tapi bukan dengan cara mendadak, Sama juga diri nya tapi tak ada lak nak paksa dia nya sampai hingga ke tahap yang tak ada langsung belah kasihan..
Kalau macam itu, Lupakan diri ini diri ini masih mahu kebahagian sendiri walau pun diri ini masih sayang padanya.. Diri ini yakin yang Allah selalu memihak pada yang benar jadi walau masih sayang biar diri ini kirim kan doa untuk nya selalu.. Mungkin dia dah benci kerana dengan kata-kata yang tidak di jangka akan terkeluar di mulut ini.. Diri Ini tak jahat sampai nak tak macam itu sebenarnya cuma terlampau ikut hasutan yang tak patut kita dengar..

Walau macam mana pun diri ini mintak maaf dari hujung  rambut sampai hujung kaki kerana diri ini tak menjangka lagi yang diri ini akan dapat tulis lagi dan update kt Blogger yang saya selalu kongsi cerita ini..
Dan, Dapat lagi ke diri saya kemaafan dari yang saya tunggukan ini..
Kalau Allah masih bagi saya rexeki untuk teruskan pejalan hidup ini InsyaAllah kita kan bertemu pada sem akan datang.. (Amin)

Sekian....


Monday 2 September 2013

Tolong Hargai Apa Yang Kita Ada..

Assalamualaikum
Hari ini ada Mid Term Exam tapi sempat lagi Update blog ini..
Diri ini tertanya dia sayang diri ini sebenarnya tak??
Pada pasangan kat luar sana kalau dah tak sayang pada seseorang tu baik lepaskan dia dengan macam mana mula ambik dia sebagai pasangan dulu..
Cinta itu sukar diungkapkan dengan kata-kata
Kerana zahirnya tidak bisa disentuh,
Manakala lahirnya di dalam hati,
Cinta tidak hadir andai nafsu menguasai diri,
Namun cinta akan terbit melalui jalinan cinta ilahi.
Dialah pemilik cinta yang sebenarnya,
Dan,|
Dialah yang akan memutikkan sebuah Kasih Mawadah.
Selagi tak jumpa cinta sejati bermakna kita tak tahu lagi apa erti cinta sebenarnye.
Tapi diri ini reti nasihat pada semua 
blogger dan pembaca pahami dan ayati ayat ini.


HARGAILAH SEBUAH PERHUBUNGAN


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Sekian..
Terima kasih kerana membaca..

Friday 30 August 2013

SAHABAT...

Assalamualaikum.........
Apa Itu SAHABAT???
Siapa SAHABAT dalam diri kita semua???
Kali ini diri ini mengulas tentang erti SAHABAT dalam diri kita semua. bagiku sahabat adalah seseorang yang selalu ikut merasakan seperti ketika mendapat kesulitan, kesedihan, masalah maupun dikala mendapat kebahagiaan.
Erti sahabat sangat luas bila di ertikan satu persatu, ada yang mengertikan sahabat adalah seseorang yang dapat menyimpan rahsia sesama sahabat walaupun suatu saat persahabatannya sedang mengalami kerenggangan, ada juga yang mengertikan bahawa sahabat adalah seseorang yang dapat memberikan dorongan, semangat dalam menjalani kehidupan serta nasihat, dan masih banyak lagi erti sahabat menurut masing-masing peribadi seseorang, maka nya posisi diri ini buat untuk pertanyaan pada para sahabat blogger dimana pun berada.
Ini lah sahabat saya yang mula kenal hingga la sekarang dari roomate hingga la sekarang kami sudah menjadi housemate. Bebagai susah senang yang kami lalui hingga kini menjadi masalah pada diri ini sendiri.

Dulu kami berdua,mana kami pergi pasti kami bersama..

NOW!!!!


ini lah SAHABAT saya sekarang...

walau kami ada masalah sekali pun diri ini tidak mahu mengeluh,malah diri ini menyepikan diri tanpa tanda tanya. Biar diri ini diam tanpa kata-kata dan biarkan apa yang mereka mahu kata pada diri ini. kerana diri ini mahu menjadi sahabat seperti teman dalam suka dan duka, tapi tahu batas dimana suatu saat ketika teman dapat masalah,kita harus membiarkan dia mengatasi masalahnya sendiri agar teman tersebut tumbuh lebih matang dan dapat bezakan sama ada apa yang kita buat itu betul atau pun tak. Benar kalau kita tak dapat selesaikan masalah kita bersedih tetapi sampai bila kita mahu bersedih???
Diri ini mahu kan persahabatan kerana Allah SWT adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati-hati yang terguris, melupakan keburukan sahabat dan mengingati mereka juga kebaikan sahabat kita. 
Diri ini pernah terbaca, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah... Ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setia kawan, kejujuran dan bertanggungjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin di salah tafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat.. Diteruskan juga kerana mahukan yang terbaik. Diri ini tidak pernah untuk menyendih atau sebaliknya malah mahukan seperti mana yang pernah kita bersama katakan dulu. 
Menurut 

Imam Ghazali yang pernah diri ini baca, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih. Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda. "Tidak sempurna Iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri". Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin - Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya :

1)Hak dalam harta
 persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama-sama baik dalam keadaan suka dan duka, gembira dan sengsara.

2)Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat.. Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia.. Dengan disertai wajah yang manis, ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa… Kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan daripada kita.

3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik.. Seharusnya kita tidak boleh bercakap-cakap tentang keaiban sahabat.. Bahkan perintah menutup aib org lain juga.. Perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia.. Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak.. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2-sahabat yang lain pula.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua orang yang duduk bercakap-cakap itu harus disertai dengan amanat. Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya 
H.R Hakim”

Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita-berita gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda: ”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan orang lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya 
H.R Bukhari.


Dengan berkata-kata pula ialah saling nasihat-menasihati, mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat-sahabat dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya, hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini.. Kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya.. Agar selepas itu.. Sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.. Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara-saudaramu.. iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya, hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya jangan memanggil dengan panggilan yang tidak menyukai dan boleh melukai hati nya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia.. Baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.. Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan-kesalahan sahabat-sahabatmu bukan dengan memulaukan, menghinanya serta menjauhi diri padanya”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.. Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara-saudara sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri.. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat: Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat-sahabat yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.. Semua umat islam adalah bersaudara.. Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak-hak sebagai seorang sahabat.. Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.. Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.. Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya. Amin...

Berikut adalah kutipan pernyataan dari seorang sahabat:
Seorang teman tetap memberi ruang gerak peribadi, privacy sebagai seorang manusia. Dan kita akan berasa dekat dengan dia walaupun tidak ketemu dan tidak berhubung dalam waktu yang lama. Kerana pertemanan itu pada dasarnya dari ikatan hati. Tidak bakal hilang walaupun dimensi jarak memisahkan kita. Kita harus mengakui bagaimanapun juga kita tidak bisa menghilangkan dia dari hati kita. Dan tanpa teman, kita tidak akan seperti sekarang ini.



sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”

sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..
Sekian Ikhlas Dari Hati Yang kecil....

  
                                         

Thursday 13 June 2013

HAPPY MOTHER DAY>>>>

Assalamualaikum ..

Saat ini diri saya terasa mahu ceritakan soal HAPPY MOTHER DAY sebab tahun ini tak dapat bagi hadiah sebab saya jauh la dan ucapkan pun lambat. Walaupun ada cerita yang buat hati saya pedih pada hari tersebut. hati saya tak pernah untuk lakukan apa-apa walaupun hati ini pedih saya tak boleh dendam. Walaupun saya kawan-kawan ucapkan hari ibu sampai telefon,post dekat FB,belikan kek dan bagi hadiah. Tetapi,diri ini tak pun saya diam semua saya tak buat kerana saya takut la.
Setelah diri ini solat dan doa padanya saya macam dapat kekuatan saya terus telefon emak walaupun emak macam sibuk tapi diri ini tetap mahu ucapkan SELAMAT HARI EMAK<EIRA MINTA MAAF EMAK KERANA EIRA LAMBAT UCAPKAN DAN TAK DAPAT BAGI APA-APA EMAK> (EMAK CUMA JAWAB TAK APA EMAK PUN TUNGGUKAN WALAUPUN LAMBAT) 


TERIMA KASIH EMAK.....
 Itu pun dah cukup bersyukur bagi diriku kerana emak hargainya..



I LOVE U MOM..
NO MOM, NO ME....

Sambungan percutian kami di Pulau Langkawi,Kedah.

Assalamualaikum Semua...
Saya nak cerita sambungan saya pergi LANGKAWI bersama keluarga saya.,
Di sana saya rasa seronok sangat kerana ayah,mak dan adik-adik saya seronok sangat kerana hajat mereka untuk pergi ke sana sampai juga walaupun tak habis semua tempat kami pergi,saya dan keluarga seronok seronok ketika di LANGKAWI..
Kami sekeluarga bertolak pada waktu malam dan sampai di sana pada waktu pagi. Walaupun kami pertama kali untuk pergi ke utara tanpa GPRS tapi kami tak sesat. Alhamdulillah dengan izin Allah perjalanan kami selamat sampai di JETI KUALA PERLIS..



Saat kami di dalam feri untuk pergi ke Pulau Langkawi,Kedah


Saat kami sudah sampai ke Pulau Langkawi rasa macam tak percaya macam mimpi pulak...hehehehe

Sampai sana kami teruskan perjalanan ke dalam kawasan jeti dekat dengan satu shopping mall JETI KUAH dekat dalam tu ada macam-macam tapi mata saya tertumpu pada satu tempat ia itu COKLAT...huhuh
(macam tak nak pergi mana-mana lak saat tu...hehehe 
Kami terus pergi ke kawasan yang di mana ayah saya kena berjumpa dengan abang yang ayah saya sewa kereta selepas menjumpainya kami terus di bawa ke satu tempat dengan menaiki kereta. Sampai ke satu tempat kami di beri kereta myvi macam mana yang ayah saya tempah selama yang kami duduki di Pulau Langkawi. Seterusnya, kami pun membawa kereta itu ke arah PANTAI CERNANG. Di sana kami check in di Malibest Resort Langkawi,Kedah.



Ini la kawasan yang keluarga kami check in..


Ini kawasan depan pantai untuk rehat......

Setelah kami sampai di bilik kami pun rehat sampai ke malam, kami hanya makan dengan makanan yang segera sahaja kerana penat yang tak terkata.

Pada keesokan harinya,setelah kami bangun pagi kami pun siap dan kami teruskan perjalanan kami untuk menjejaki PULAU LANGKAWI. Selepas siap kami pun pergi keluar untuk sarapan pagi kemudian kami terus pergi ke Oriental Village,Kedah ..
Di sini ada bermacam-macam dan seronok sangat aktivitinya, kami sekeluarga seronok sampai lupa untuk makan..hehehe


Pintu masuk nya...


At Cable Car...


Saya.....hehe


Saya dah sampai sini..Awak bila lagi??? hehehe



Saat saya bahagia di samping keluarga...



Emak dan Ayah saya...


Ikan kat sini manja dan tak takut dengan orang..




Terasa macam dekat korea pula...hehehe


Saat dalam cable car...happy sangat adik-adik saya ini..


Permandangan dari atas...



Akhirnya kami sampai di atas sana...

Ini la hajat ayah saya untuk samapai ke Langkawi,memang nak naik CABLE CAR dan sampai ke puncak ini untuk tengok keadaan seluruh PULAU LANGKAWI. Eira dah tunaikan hajat ayah, sampai sekarang ayah bangga kerana dah dapat sampai pergi sana walaupun saat akhir (hehehe,gelak jahat lak). Seterusnya, kami turun dari puncak kami pergi ke satu tempat di situ ada wayang 6D jadi dengan tak sabarnya saya n adik-adik pun masuk bersama ayah dan emak. Di dalam tu membuat kami sekeluarga rasa kenangan paling gembira kerana emak sampai keluar wayang dalam keadaan sedih kerana macam betul-betul dalam situasi sebegitu rupa (Mintak maaf mak lain kali eira tak bawa emak pergi tempat macam tu lagi..kesian emak). Kami dah pergi berbagai kedai dan aktiviti yang kami sekeluarga lakukan. 


Kami bergerak pula ke DATARAN HELANG,PULAU LANGKAWI kalau dah pergi di sini kalau tak pergi sini tak lengkap la sebab tempat ini umpama utama la di sini.

Dah sehari dari pagi hingga la ke malam kami pun pulang dan rehat untuk perjalanan keesokan hari pula. Esoknya kami pagi hanya duduk rehat dan berkemas untuk check out, selepas itu kami teruskan perjalanan ke tempat membuat minyak gamat dan di situ ayah dan emak saya borong berbagai jenis yang dari gamat,saya hanya mampu melihat sahaja. Kemudian, kami pergi ke PEKAN KUAH di sini la emak rambang mata sangat sampai nak beli bermacam-macam dari satu kedai ke satu kedai sampai kaki saya lenguh mengikut tapi bila emak gembira diri saya pun turut gembira. Jalan pun jalan saya terjumpai satu KEDAI COKLAT tu yang diri saya nanti kan dari tadi, hehehe
Saya pun borong berapa jenis coklat macam nak beli semua coklat, yang saya tak dapat bayangkan beli punya beli tahu-tahu masa nak bayar hampir RM200 hanya coklat sahaja (saya memang hantu coklat,hehehe)
Selepas kami penat memborong dengan mengikut nafsu kami pun mengambil keputusan untuk pulang. Setelah sampai di kereta, baru kami perasan yang kami memborong sakan sampai tidak perasan yang kami hanya menyewa kereta kecil (ini la padahnya terlampau mengikut nafsu di hati,hehehe)
Kami cuba sehingga boleh dan kami pun terus ke jeti kuah dan terus menghantar kereta sewa pada tuannya, kami pun membeli tiket dan kami pun terus pergi ke tempat menunggu ferry. Di sini la mula timbul perasaan sedih untuk tinggalkan Langkawi kerana di sini la banyak kenangan walaupun kami tak pergi semua tempat tapi ini pun dah cukup sempurna dan saya sangat bersyukur kerana Allah izinkan kami pergi dan balik dalam keadaan selamat macam mana kami rancangkan...
ok selamat tinggal Langkawi..




Tuesday 11 June 2013

Soal Kami....

Assalamaulaikum....
Kepada semua yang melihat Blog ini...
macam-macam saya nak cerita kerana lama saya tak update kat sini...
Skunk ni saya happy di samping dengan kawan yang dari mula kami kenal sampai la kami sudah macam satu family..
Tanpa dorang aku pun tak happy macam ini.. sayang korang sayang...




Asal kami bertiga...


Skunk kami berempat dan saat kami keluar bersama....
nak tengok family baru saya nanti ye....
sabar menanti ok....

Saturday 16 March 2013

Hatiku Terluka Dengan Sikapmu..


Assalamualaikum..
Aku tidak meminta bahawa aku dalam keadaan sebegini rupa kerana aku tidak mahu siapa kecewa kerana aku.. Aku sedar diri ku tidak secantik dan selawa yang ada cuma dengan apa yang Allah berikan kepada diri ku ini.. Aku tahu yang aku tidak harus melakukan sebegitu rupa kerana ramai yang memandang tapi tak ramai yang dapat merasakan apa yang ku rasa.. Aku sedih pada diri ku kerana orang yang sekeliling ku mengatakan bebagai di belakang dan di depan ku sendiri kerana aku sungguh pedih.. Aku sendiri pun tidak tahu menjawabnya kerana semuanya takdir yang mu berikan kepada diri ku ini..
Ya Allah tolong la hamba mu ini kerana hanya mu aku meminta petunjuk dri mu..