Thursday 13 June 2013

Sambungan percutian kami di Pulau Langkawi,Kedah.

Assalamualaikum Semua...
Saya nak cerita sambungan saya pergi LANGKAWI bersama keluarga saya.,
Di sana saya rasa seronok sangat kerana ayah,mak dan adik-adik saya seronok sangat kerana hajat mereka untuk pergi ke sana sampai juga walaupun tak habis semua tempat kami pergi,saya dan keluarga seronok seronok ketika di LANGKAWI..
Kami sekeluarga bertolak pada waktu malam dan sampai di sana pada waktu pagi. Walaupun kami pertama kali untuk pergi ke utara tanpa GPRS tapi kami tak sesat. Alhamdulillah dengan izin Allah perjalanan kami selamat sampai di JETI KUALA PERLIS..



Saat kami di dalam feri untuk pergi ke Pulau Langkawi,Kedah


Saat kami sudah sampai ke Pulau Langkawi rasa macam tak percaya macam mimpi pulak...hehehehe

Sampai sana kami teruskan perjalanan ke dalam kawasan jeti dekat dengan satu shopping mall JETI KUAH dekat dalam tu ada macam-macam tapi mata saya tertumpu pada satu tempat ia itu COKLAT...huhuh
(macam tak nak pergi mana-mana lak saat tu...hehehe 
Kami terus pergi ke kawasan yang di mana ayah saya kena berjumpa dengan abang yang ayah saya sewa kereta selepas menjumpainya kami terus di bawa ke satu tempat dengan menaiki kereta. Sampai ke satu tempat kami di beri kereta myvi macam mana yang ayah saya tempah selama yang kami duduki di Pulau Langkawi. Seterusnya, kami pun membawa kereta itu ke arah PANTAI CERNANG. Di sana kami check in di Malibest Resort Langkawi,Kedah.



Ini la kawasan yang keluarga kami check in..


Ini kawasan depan pantai untuk rehat......

Setelah kami sampai di bilik kami pun rehat sampai ke malam, kami hanya makan dengan makanan yang segera sahaja kerana penat yang tak terkata.

Pada keesokan harinya,setelah kami bangun pagi kami pun siap dan kami teruskan perjalanan kami untuk menjejaki PULAU LANGKAWI. Selepas siap kami pun pergi keluar untuk sarapan pagi kemudian kami terus pergi ke Oriental Village,Kedah ..
Di sini ada bermacam-macam dan seronok sangat aktivitinya, kami sekeluarga seronok sampai lupa untuk makan..hehehe


Pintu masuk nya...


At Cable Car...


Saya.....hehe


Saya dah sampai sini..Awak bila lagi??? hehehe



Saat saya bahagia di samping keluarga...



Emak dan Ayah saya...


Ikan kat sini manja dan tak takut dengan orang..




Terasa macam dekat korea pula...hehehe


Saat dalam cable car...happy sangat adik-adik saya ini..


Permandangan dari atas...



Akhirnya kami sampai di atas sana...

Ini la hajat ayah saya untuk samapai ke Langkawi,memang nak naik CABLE CAR dan sampai ke puncak ini untuk tengok keadaan seluruh PULAU LANGKAWI. Eira dah tunaikan hajat ayah, sampai sekarang ayah bangga kerana dah dapat sampai pergi sana walaupun saat akhir (hehehe,gelak jahat lak). Seterusnya, kami turun dari puncak kami pergi ke satu tempat di situ ada wayang 6D jadi dengan tak sabarnya saya n adik-adik pun masuk bersama ayah dan emak. Di dalam tu membuat kami sekeluarga rasa kenangan paling gembira kerana emak sampai keluar wayang dalam keadaan sedih kerana macam betul-betul dalam situasi sebegitu rupa (Mintak maaf mak lain kali eira tak bawa emak pergi tempat macam tu lagi..kesian emak). Kami dah pergi berbagai kedai dan aktiviti yang kami sekeluarga lakukan. 


Kami bergerak pula ke DATARAN HELANG,PULAU LANGKAWI kalau dah pergi di sini kalau tak pergi sini tak lengkap la sebab tempat ini umpama utama la di sini.

Dah sehari dari pagi hingga la ke malam kami pun pulang dan rehat untuk perjalanan keesokan hari pula. Esoknya kami pagi hanya duduk rehat dan berkemas untuk check out, selepas itu kami teruskan perjalanan ke tempat membuat minyak gamat dan di situ ayah dan emak saya borong berbagai jenis yang dari gamat,saya hanya mampu melihat sahaja. Kemudian, kami pergi ke PEKAN KUAH di sini la emak rambang mata sangat sampai nak beli bermacam-macam dari satu kedai ke satu kedai sampai kaki saya lenguh mengikut tapi bila emak gembira diri saya pun turut gembira. Jalan pun jalan saya terjumpai satu KEDAI COKLAT tu yang diri saya nanti kan dari tadi, hehehe
Saya pun borong berapa jenis coklat macam nak beli semua coklat, yang saya tak dapat bayangkan beli punya beli tahu-tahu masa nak bayar hampir RM200 hanya coklat sahaja (saya memang hantu coklat,hehehe)
Selepas kami penat memborong dengan mengikut nafsu kami pun mengambil keputusan untuk pulang. Setelah sampai di kereta, baru kami perasan yang kami memborong sakan sampai tidak perasan yang kami hanya menyewa kereta kecil (ini la padahnya terlampau mengikut nafsu di hati,hehehe)
Kami cuba sehingga boleh dan kami pun terus ke jeti kuah dan terus menghantar kereta sewa pada tuannya, kami pun membeli tiket dan kami pun terus pergi ke tempat menunggu ferry. Di sini la mula timbul perasaan sedih untuk tinggalkan Langkawi kerana di sini la banyak kenangan walaupun kami tak pergi semua tempat tapi ini pun dah cukup sempurna dan saya sangat bersyukur kerana Allah izinkan kami pergi dan balik dalam keadaan selamat macam mana kami rancangkan...
ok selamat tinggal Langkawi..




0 comments: