Friday 30 August 2013

SAHABAT...

Assalamualaikum.........
Apa Itu SAHABAT???
Siapa SAHABAT dalam diri kita semua???
Kali ini diri ini mengulas tentang erti SAHABAT dalam diri kita semua. bagiku sahabat adalah seseorang yang selalu ikut merasakan seperti ketika mendapat kesulitan, kesedihan, masalah maupun dikala mendapat kebahagiaan.
Erti sahabat sangat luas bila di ertikan satu persatu, ada yang mengertikan sahabat adalah seseorang yang dapat menyimpan rahsia sesama sahabat walaupun suatu saat persahabatannya sedang mengalami kerenggangan, ada juga yang mengertikan bahawa sahabat adalah seseorang yang dapat memberikan dorongan, semangat dalam menjalani kehidupan serta nasihat, dan masih banyak lagi erti sahabat menurut masing-masing peribadi seseorang, maka nya posisi diri ini buat untuk pertanyaan pada para sahabat blogger dimana pun berada.
Ini lah sahabat saya yang mula kenal hingga la sekarang dari roomate hingga la sekarang kami sudah menjadi housemate. Bebagai susah senang yang kami lalui hingga kini menjadi masalah pada diri ini sendiri.

Dulu kami berdua,mana kami pergi pasti kami bersama..

NOW!!!!


ini lah SAHABAT saya sekarang...

walau kami ada masalah sekali pun diri ini tidak mahu mengeluh,malah diri ini menyepikan diri tanpa tanda tanya. Biar diri ini diam tanpa kata-kata dan biarkan apa yang mereka mahu kata pada diri ini. kerana diri ini mahu menjadi sahabat seperti teman dalam suka dan duka, tapi tahu batas dimana suatu saat ketika teman dapat masalah,kita harus membiarkan dia mengatasi masalahnya sendiri agar teman tersebut tumbuh lebih matang dan dapat bezakan sama ada apa yang kita buat itu betul atau pun tak. Benar kalau kita tak dapat selesaikan masalah kita bersedih tetapi sampai bila kita mahu bersedih???
Diri ini mahu kan persahabatan kerana Allah SWT adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati-hati yang terguris, melupakan keburukan sahabat dan mengingati mereka juga kebaikan sahabat kita. 
Diri ini pernah terbaca, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah... Ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setia kawan, kejujuran dan bertanggungjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin di salah tafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat.. Diteruskan juga kerana mahukan yang terbaik. Diri ini tidak pernah untuk menyendih atau sebaliknya malah mahukan seperti mana yang pernah kita bersama katakan dulu. 
Menurut 

Imam Ghazali yang pernah diri ini baca, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih. Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda. "Tidak sempurna Iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri". Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin - Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya :

1)Hak dalam harta
 persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama-sama baik dalam keadaan suka dan duka, gembira dan sengsara.

2)Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat.. Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia.. Dengan disertai wajah yang manis, ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa… Kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan daripada kita.

3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik.. Seharusnya kita tidak boleh bercakap-cakap tentang keaiban sahabat.. Bahkan perintah menutup aib org lain juga.. Perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia.. Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak.. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2-sahabat yang lain pula.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua orang yang duduk bercakap-cakap itu harus disertai dengan amanat. Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya 
H.R Hakim”

Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita-berita gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda: ”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan orang lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya 
H.R Bukhari.


Dengan berkata-kata pula ialah saling nasihat-menasihati, mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat-sahabat dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya, hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini.. Kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya.. Agar selepas itu.. Sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.. Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara-saudaramu.. iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya, hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya jangan memanggil dengan panggilan yang tidak menyukai dan boleh melukai hati nya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia.. Baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.. Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan-kesalahan sahabat-sahabatmu bukan dengan memulaukan, menghinanya serta menjauhi diri padanya”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.. Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara-saudara sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri.. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat: Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat-sahabat yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.. Semua umat islam adalah bersaudara.. Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak-hak sebagai seorang sahabat.. Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.. Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.. Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya. Amin...

Berikut adalah kutipan pernyataan dari seorang sahabat:
Seorang teman tetap memberi ruang gerak peribadi, privacy sebagai seorang manusia. Dan kita akan berasa dekat dengan dia walaupun tidak ketemu dan tidak berhubung dalam waktu yang lama. Kerana pertemanan itu pada dasarnya dari ikatan hati. Tidak bakal hilang walaupun dimensi jarak memisahkan kita. Kita harus mengakui bagaimanapun juga kita tidak bisa menghilangkan dia dari hati kita. Dan tanpa teman, kita tidak akan seperti sekarang ini.



sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”

sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..
Sekian Ikhlas Dari Hati Yang kecil....

  
                                         

0 comments: